Syok Melancong.Com

Pengalaman Bercuti Ke Kota London

Selamat pagi, jam dah pun menunjukkan  pukul 3:13 pagi, anda yang membaca post saya sekarang ini belum mengantuk lagi ke? Jom temankan saya baca entri ini… :)

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya bersama seorang cousin saya ketika kami bercuti ke kota London pada bulan september tahun 2013. Penerbangan terus ke London yang memakan masa selama 13 jam itu membuatkan saya rasa teramat letih. Maklumlah, tak dapat bergerak ke mana pun dalam flight MAS itu… dalam hati berkata, sabar je lah..nak pergi London sangat kan…  :-D

 

Alhamdulillah, selamat  mendarat di Heathrow Airport, kami pun mengambil teksi terus ke hotel (Peckham Lodge- 89 pounds) yang telah kami book dari Malaysia lagi beberapa bulan sebelum kami pergi. Suasana di kawasan Peckham road ini agak sunyi, walaupun begitu, lodge ini adalah antara yang diminati oleh tourist.

london cab

 

Pechkam Lodge

Pechkam Lodge

Keesokannya, antara aktiviti kami ialah city tour, turun naik metro, dengan sesat lagi…

sight seeing

Madame Tussaud

Selepas sightseeing, kami masuk pula ke Madamme Tussaud

banyaknya patung lilin selebriti – antaranya Shah Rukh Khan, Hritik Roshan, Angelina Jolie, Brad Pitt, Jennifer Lopez, Julia Roberts, Einstein, Shakespear dan banyak sangat lagi…pendek kata memang hampir 70% saya bergambar dengan patung lilin tu..  ;-)

    

Bila pulak saya jadi secretary Obama ni?

Selain dari Madamme Tussauds, sepatutnya ada 3 aktiviti lagi iaitu ke London Eye, London Dungeon & London Aquarium.. kami telah membeli tiket secara pakej ke 4 tempat tu, tapi malangnya masa tidak mengizinkan, maka kira burn je lah tiket-tiket tu (70.80 pounds) bukannya murah ! Kalau nak masuk ke tempat-tempat tu memang memakan masa yang lama. Kami sebenarnya kekurangan masa kerana lusa nya kami akan pergi ke Amsterdam pula.

Tickets

Setelah penat berposing, kami pun keluar untuk mengisi perut. Selepas tu, aktiviti seterusnya ialah naik cruise.. saya memang suka sangat bab-bab naik cruise ni.. Semasa belayar, kami lalui London bridge, membuatkan saya rasa sedih sedikit apabila mengingat kembali arwah ayah saya selalu menyanyikan lagu London bridge is falling down…ketika saya masih kecil. Syahdu rasanya…

London Bridge

cruise

River Cruise

tower clock

London Tower Clock

sempat shopping sedikit di Harrods

Harrods, London

Buckingham Palace

kami berlegar di luar pagar saja sebab tidak sanggup hendak beratur panjang beli tiket.

Buckingham Palace

Buckingham Palace
Buckingkam Palace Shop

 

Kedai POUNDLAND ini saya suka sangat kerana harganya yang begitu tidak masuk akal… semuanya 1 pound sahaja!  :-D  Cokelat yang paling banyak dijual di situ. ada yang 3 bar 1 pound… Lihat sajalah apa yang saya beli ni… menyengih jelah.. Hajat hati nak beli banyak-banyak bawa balik Malaysia, tapi apa kan daya, nanti beg berat pulak.

Poundland

      chocolate

Tidak lupa juga beli souvenirs untuk keluarga…

Fridge magnet antara souvenirs yang saya suka kumpul bila melancong ke luar negara

Duit kertas ‘Pounds’

PoundsPounds

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan ketika saya berada di kota London. Harap anda tidak boring membacanya  ;-)

London

(gambar yg tulis london cruise tu dah tersilap sebenarnya, gambar itu di Amsterdam sepatutnya… dah confuse pulak.. )

 

di entri yang lain, akan saya kongsikan sedikit tentang portobello… tungguuu..  ;-)

 

Jika selepas anda baca dan suka dengan apa yang saya kongsikan sedikit pengalaman saya di sini, dan jika anda teringin untuk merasai sendiri pengalaman bercuti ke kota London, bolehlah anda survey hotel dan tiket penerbangan dengan klik link di bawah ini.

       wego    

signature

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: