Syok Melancong.Com

Pasar Jalanan Terbesar Di Dunia – Portobello London

Pasar Portobello di Barat London ini adalah salah satu pasar jalanan yang paling besar dan terkenal di dunia. Ia adalah destinasi popular untuk penduduk di London dan juga pelancong.

 portobello street market

portobello shop

 

Jalan Portobello merentang lurus melalui tengah-tengah di Notting Hill, kawasan yang amat bergaya di London, telah dipopularkan oleh filem Notting Hill. Lantas, saya juga teringatkan filem favourite saya, Pretty Woman lakunan Julia Roberts. ;-)

 

Nottinghill

 ternampak pula kedai nama Nottinghill ini yang berwarna biru

 

Jalan Portobello adalah jalan di daerah Notting Hill dari Royal Borough of Kensington dan Chelsea di barat London, England. Pasar Portobello telah memenuhi sepanjang Jalan Portobello, kerana ianya merentang panjang sehingga kira-kira dua batu. Memang seronok shopping di sini, murah sangat!

 

 

portobello-market

Saya lebih tertarik dengan barangan antiknya (terlupa nak ambil gambar sebab asyik sangat melihat barangan kat situ)  :-D  Saya letak gambar dari google lah ye…

antiques

Pada hari Sabtu, pasar Portobello merupakan salah satu pasar jalanan yang terkenal di London, begitu sesak sekali dengan pengunjung. Pasar ini yang dikenali sebagai menjual pakaian terpakai dan antiques. Setiap Ogos sejak 1996, Festival Filem Portobello telah diadakan di lokasi hampir di seluruh jalan Portobello.

Waktu hendak pergi ke pasar Portobello, kami telah tersesat jalan. Pemandu bas itu tidak memberikan penjelasan yang terang, cara dia menjawab seakan-akan sombong sikit, kerana bila saya bertanya lagi sekali, dia seakan marah. Bengang juga saya dibuatnya.  :-(

Saya hanya sempat berada di Portobello ini dalam lebih kurang 3 jam saja, itu pun dah last minute sebelum rush balik ke hotel untuk check out ke airport untuk berangkat pulang.

portobello market

sedap kan nampak? ;-)

(masa saya pergi, bukannya hari Sabtu, sebab tu tak ramai orang)

portobello shop2

Seronok tak tengok gambar di Portobello Market ini? Kalau anda teringin untuk merasai sendiri pengalaman shopping murah di pasar Portobello dan bercuti ke kota London, bolehlah anda survey hotel dan tiket penerbangan dengan klik link di bawah ini.

       wego    

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: