Syok Melancong.Com

10 Tempat Yang Menarik Di Paris

Paris adalah ibu kota dan bandar paling ramai penduduknya di Perancis. Terletak di Sungai Seine, di utara negara ini, ia adalah wilayah di tengah-tengah France. Paris, sememangnya ramai orang yang mengimpikan untuk berada di kota cinta ini.

 

Antara  10 Tempat Yang Menarik Di Paris Untuk Dilawati ialah :

 eiffel tower view

1. EIFFEL TOWER

Eiffel Tower adalah dibina dari keluli yang terletak di  Champ de Mars di Paris. Namanya diambil sempena nama jurutera yang membinanya iaitu Gustave Eiffel, di mana syarikatnya yang telah mereka dan membina menara ini. Eiffel Tower telah di dirikan pada tahun 1889 sebagai pintu gerbang masuk ke Pesta Dunia tahun 1889.

 

 

champs

2. CHAMP ELYSEE

Menjadi salah satu kawasan elit di Paris yang digunakan sebagai tempat perniagaan. Di sini anda akan menemukan pelbagai barangan dan parfum ternama, selain dari cafe-cafe elit yang bersusun di sepanjang jalan.

 

 

arc de triomphe

3. ARCH de TRIOMPHE

Berdekatan dengan Champ Elysee, anda akan nampak Arch de Triomphe yang dibina oleh Napoleon Bonaparte pada 1806 sebagai simbol kemenangan Perancis.

 

 

Place-De-La-Concorde

4. PLACE de LA CONCORDE

Place de la Concorde adalah salah satu kolam air pancut yang utama di Paris, Perancis. Berukuran 8.64 hektar (21.3 ekar) adalah kolam air pancut yang terbesar di ibu negara Perancis. Ia terletak di antara Tuileries dan Champs-Elysées. Ia telah dibina di antara tahun1755 dan 1775. 8 patung perempuan yang menghiasi 4 penjuru kolam tersebut melambangkan bandar-bandar terbesar di Perancis.

 

 

notre dame

5. NOTRE DAME de Paris

Adalah sebuah katedral tua yang menjadi salah satu warisan terbaik akitektur di Perancis. Notre Dame mula dibina sejak tahun 1163 dan siap sepenuhnya pada tahun 1345. Kesejukan sungai Seine dapat dirasakan kerana kedudukannya yang bersebelahan.

 

 

louvre6. MUSEE de LOUVRE

Museum Louvre adalah merupakan salah satu muzium seni terbesar di seluruh dunia. Jika anda tidak meminati seni, tetapi ingin melihat lukisan Monalisa (di Paris disebut “la joconde”), atau mungkin tertarik kerana buku “The da vinci Code”, maka anda harus masuk ke muzium ini.
Bangunan yang dijadikan Muzium Louvre ini, dahulunya adalah istana (Palais de Louvre) yang mula dibina pada tahun 1190 dan telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 1870. Pada tahun 1989 akitek Amerika yang berasal dari  China, I.M Pei telah membuat piramid kaca dan dijadikan salah satu dari 3 pintu masuk.

Muzium  Louvre ini  mempamerkan lebih dari 35,000 objek seni dari zaman pra-sejarah hingga kini. Maka, dinasihatkan agar anda datang awal pagi, seawalnya  pukul 09.00 kerana jika anda lambat, anda akan membuang masa dengan beratur panjang untuk membeli tiket masuk. Harga tiket masuk ke muzium Louvre ini ialah 9 euro.

 

 

parc-sceaux

7. PARC de SCEAUX

Parc de Sceaux adalah taman indah di selatan Paris, tiada bayaran masuk, tiada had waktu. Anda boleh menikmatinya selama mana yang anda mahu, boleh berkelah, bergambar di taman, depan kanal dan danau buatan, atau istana, bermain bola atau pun mahu berbaring sahaja di atas rumput. Anda boleh menaiki Metro atau RER dan turun di Station Parc de Sceaux.

 

 

pere_lachaise

8. LE PERE de LACHAISE

World-famous cemetery at Pere Lachaise. Kompleks pemakaman ini berada di 16 rue de Repos, arrondissment 9. Komplek pemakaman seluas 118 acre yang berisi makam orang-orang terkenal seperti antara lain penyanyi Edith Piaff, Jim Morrison, Chopin, dan Oscar Wilde. Waktu dibuka adalah 08:00 – 19:00. Masuk adalah PERCUMA dan peta dijual dengan harga 2uro di pintu masuk. Makam-makam yang ada di sini adalah unik seperti karya seni.

 

 

Musée-dOrsay

9. MUSEE D’ORSAY

Musee D’Orsay terletak di 62 Rue de Lille, Paris arrondissement 7, dahulunya adalah bekas stadium kereta Gare d”orsay yang dibina padan tahun 1898 hingga tahun 1910. Galeri seni kedua terbesar di Paris ini mempamerkan karya-karya seni pelukis Perancis yang dibina  sejak tahun 1848 lagi sehingga tahun 1915. Bentuk seni yang dipamerkan adalah lukisan, foto, patung dan perabut dari Monet, Manet, Renoir, Degas, Cezanne, Seurat, Gauguin dan Van Gogh.

 

 

sacre-coeur1

10. SACRE COEUR & MONTMARTRE

Gereja ini terletak  di 35 Rue de Chevalier-de la barre, Montmartre, Basilica gaya Bizantin yang di telah bina di antara tahun 1876 dan 1912. Ianya telah menjadi ikon yang cantik di daerah utama Paris. Dari atas gereja anda akan nampak pemandangan kota Paris yang dihamparkan di bawahnya.

 

Jika anda berjalan ke bahagian lain dari Montmartre ke belakang gereja, anda akan nampak ramai pelukis jalanan dan juga cafe –cafe serta restoran yang menarik. Montmartre terletak di atas bukit yang tertinggi di sekitar Paris, juga telah melahirkan ramai pelukis terkenal dunia seperti Dalí, Modigliani, Monet, Picasso, Van Gogh, Matisse, Renoir, dan Degas.

 

Jika anda rancang untuk pergi bercuti ke Paris, boleh buat tempahan hotel dan survey tiket penerbangan dengan link di bawah ini.

       wego    

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: