Syok Melancong.Com

Syurga Membeli Belah di Ho Chi Minh, Vietnam

Syurga Membeli Belah di Ho Chi Minh, Vietnam
Ben than

Ho Chi Minh City, Vietnam, adalah amat dikenali sebagai Syuga Membeli-Belah bagi kaum wanita kerana harganya yang murah. Kebanyakan orang yang bercuti ke Vietnam ialah untuk bershopping. Antara banyak yang saya jumpa, tak ramai yang datang betul-betul untuk melancong. Kalau kita pergi pasar Ben Thanh tu, memang ramai rakyat Malaysia yang shopping di sana, kadang-kadang sampai berlaga-laga bahu…

Sana-sini kedengaran suara tawar-menawar harga. Kalau beberapa tahun dahulu, sangat senang untuk bargain dapat harga murah, tidak seperti sekarang ini, tidak dapat semurah dahulu.

Ini semuanya adalah kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang pergi ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk shopping, jadi peniaga dah menjadi tidak hairan kalau kita tak setuju dengan harga yang diberi…jual mahal lah namanya. Tambahan sekarang ini, bukan wanita sahaja, malah lelaki pun ramai yang dah buat bisnes kain serta baju kurung ni.

 

Berapa agaknya duit yang perlu dibawa  untuk shopping di Vietnam?
Sebenarnya jumlah tu terpulang pada masing-masing. Namun apa yang perlu diingatkan ialah, jika banyak membeli, maka akan lebih pula timbangan berat beg itu  nanti.  Dalam hal ini, anda perlu bijak untuk mengira, lepas balik dari shopping, terus timbang di hotel. Kebanyakkan dari hotel di Ho Chi Minh itu ada menyediakan penimbang kerana mereka sudah tahu tentang kegilaan wanita bershopping di Ho Chi Minh itu. Jadi, jika terlebih shopping tu, sediakan aje lah duit untuk membayar denda lebih muatan nanti. Amacam? ada fahammmmm..  ;-)

.

tips

Tukar duit USD siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran wang di Vietnam lebih murah daripada di Malaysia.

Contoh masa saya pergi dulu….

Di Malaysia – 1 USD = RM3.30
Di Vietnam  – 1 USD = RM3.00

Walaupun kita nampak ianya hanya berbeza 30 sen saja, tapi bayangkan kalau kita tukar USD 1,000, dah brapa tu.. tak ke RM300 jadinya. Kan banyak tu?

 

Memang rambang mata bila memasuki Ben Thanh Market, sana murah.. sini murah.. semua murah-murah.. rasa semua nak capai! Ada kain ela English Cotton, Satin and Vietnamese Silk, baju kurung, jubah, kebaya, tudung, telekung, beg, kasut, barang perhiasan rumah dan macam-macam lagi… memanglah digelar sebagai Syurga Membeli-Belah..

Pasar Ben Thanh

.

.

tips

 

Membeli Belah :

Apabila masuk ke Pasar Ben Thanh, jangan  terus membeli dulu, singgah dan tanya-tanya harga dulu tapi jangan beli. Lepas tu, anda boleh pergi pula ke Chinatown atau juga dikenali sebagai Pasar Binh Tay dan tengok-tengok harganya. Barang-barang kebanyakannya lebih kurang atau sama je dengan yang ada di pasar Ben Thanh, tapi harga berlainan.

 

 

Pasar Binhtay ini juga dikenali sebagai Chinatown..

 

Ini ialah lebih kurang harganya yang saya survey…

Harga di Pasar Ben Thanh :

Kain English Cotton RM25-32 (sepasang)
Kain Vietnam Cotton (bidang 60) – RM20  kainnya lembut dan berkualiti.
Kain Silk Vietnam (glitter) RM38 (sepasang)
Kain Vietnam Silk – RM25
Kain Japanese Silk – RM30
Kain Satin – RM7 semeter
Kain Lace  Vietnam – RM17 semeter
Kain Lace Bermanik (khas untuk buat jubah) – RM45.00 – RM50 (3.5 meter)
Kain Lace Berlabuci – RM100 (2 meter)

Beg RM100-RM110 (beg jenis kain – saiz sederhana) RM150 (beg jenis plastik – saiz besar)

 

Harga di Pasar Binhtay :

Kain English Cotton RM 24-28  (sepasang)
Kain Sutera Vietnam (glitter)  RM 35  (sepasang)
Kain Lace Berlabuci  RM50  (2 meter)

 

 

*** Semua harga MESTI ditawar serendah-rendahnya (boleh jugak kalau nak bertekak sikit  ;-)  )

 

Menarik nya di pasar ini mereka menyediakan perkhidmatan menjahit baju kurung dan jubah yang boleh di siapkan dalam masa 1 hari. Ada juga kedai yang menawarkan baju siap dijahit dalam 4-5 jam! Beli kain yang berkenan di hati terus minta mereka jahit.  Saya sendiri dah experience tempah baju di sana, beli kain dekat Ben Thanh market pukul 6 ptg..pukul 1 pagi dia hantar ke hotel.. mmm..pantas sungguh!  Tapi, hasilnya kurang memuaskan hati saya. Bajunya terlalu besar! Nak hantar alter tak boleh dah sebab flight balik ialah pagi. Huhuuuu…tanggunglah sendiri jawabnya.

.

tips

 

Kalau nak tempah baju, kena tempah awal iaitu  pada hari pertama sampai sebab kalau dah siap, tapi tak sedap dipakai, masih ada waktu untuk hantar alter baju itu. Satu lagi saya nak nasihatkan…cari tailor yang ada kedai, ada banyak tailor di luar pasar Ben Thanh tu, sebab kalau nak hantar alter senang, kita boleh terus pergi ke kedai itu.

.

Baju Kurung Cotton yang ready made memang banyak… memang berlambak-lambak  dijual  di Ho Chi Minh City tu, naik berpinar lah bijik mata nak memilihnya. Pilih saja ikut selera design masing-masing. Harga untuk Baju Kurung Cotton bermanik adalah sekitar RM35-50 saja. Boleh juga survey dekat kawasan di Malaysian Street, macam-macam pilihan ada. Pendek kata… mak bapak je yang tak ada… yang pentingnya, sediakan duit saja.  :-D

.

tips

 

#1 – Survey dulu, pusing beberapa kali dalam pasar itu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

#2 – Mesti pandai tawar-menawar harga, selalunya kita mulakan potong sampai 75% kemudian kurangkan sikit demi sikit…hingga 50%.

#3 – Belilah banyak-banyak sekali dalam satu kedai yang sama, sebab bila kita beli dalam kuantiti yang banyak, harga akan jadi lebih murah daripada  membeli satu-satu.

#4 – Kalau nak beli barang, saya selalu pergi masa dia orang baru bukak kedai sebelah pagi dan juga sebelah malam sebab bila kita menawar senang, selalu dapat harga yang kita nak, tak banyak songelnya.  :lol:

#5 – MESTI beringat semasa membeli,  bukannya pasal apa… beringat berkenaan dengan luggage, kadar timbangan berat yang anda telah beli pada masa booking tiket daripada Air Asia, kerana jika terlebih sekilo, harga yang perlu dibayar ialah USD 18 !

.

Sikat tanduk kerbau ni unik dan banyak kegunaannya, nak tau klik gambar…
boleh di cari dalam pasar ben thanh

sikat1

.

Ok, kalau nak pergi shopping di tempat Syurga Membeli-Belah di Ho Chi Minh City, Vietnam tu, bolehlah survey dan cari tiket penerbangan termurah, klik di bawah ini…

      wego

.Saya juga menawarkan pakej percutian 4 Hari 3 Malam ke Ho Chi Minh, Vietnam

Pakej Vietnam

whatsapp2

.

signature

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: