Syok Melancong.Com

3 Pantai Di Malaysia, Antara 50 Yang Tercantik Di Dunia

Sememangnya Malaysia kaya dengan pantai-pantai yang cantik, lebih-lebih lagi di Sabah, cuma saya rasa kurang pendedahan di mata dunia. Sebagai bukti… Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Tioman di Pahang & Tanjung Rhu di Langkawi adalah  3 pantai di Malaysia yang termasuk carta antara 50 pantai yang tercantik di Dunia ! wowww… hebat Malaysia…

Pantai dan pulau memang lah menjadi pilihan utama saya untuk menenangkan fikiran yang kusut masai dan berserabut apabila pelbagai masalah melanda diri…

 

CNN melapurkan…

KUALA LUMPUR:  Tiga buah pantai di negara ini disenaraikan sebagai antara 50 buah pantai tercantik menurut kaji selidik yang dibuat oleh rangkaian berita CNN mengenai 100 pantai terbaik di dunia.

Pantai di Pulau Perhentian Kecil berada di kedudukan nombor 13 manakala pantai Juara di Pulau Tioman, Pahang dan pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah masing-masing berada di nombor 21 dan 49.

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman, Pahang

Tanjung Rhu, Langkawi

Tanjung Rhu, Langkawi

Kaji selidik ini dibuat berdasarkan maklumbalas pelancong dan juga kajian yang dibuat terhadap pantai-pantai yang ada di seluruh dunia.

Menurut laporan CNN, “Kebanyakan pengguna kenderaan berpusu ke Pantai Cenang namun Tanjung Rhu lebih tenang, dengan persekitaran yang nyaman. Persisiran pantai yang panjang itu juga dikelilingi oleh gua batu kapur purba serta hutan bakau yang padat.” Kami sukakan Langkawi kerana pemandangannya yang mempesonakan jika dilihat dari puncak Gunung Mat Cincang, iaitu salah satu gunung tertinggi di pulau itu.

 

Bagi Pantai Juara, Tioman, Pahang pula, komen CNN berbunyi: “Disifatkan sebagai ‘kurang maju’ serta ‘kurang menyerlah’ berbanding negara Thai, Pantai Juara di Pulau Tioman memperlihatkan suasana yang lebih ‘semula jadi’ dan tenang. Tempat ini bukanlah tempat yang sesuai untuk mereka yang gemar berpesta,” menurut laporan CNN. Namun begitu, Pulau Tioman amat sesuai untuk penggemar sukan lasak seperti memanjat gunung di Gunung Nenek Semukut.

 
Sementara Pulau Perhentian Kecil, Terengganu, laporan CNN mengatakan,”Sebagaimana pemakan daging menyukai daging Kobe, begitulah juga Pulau Perhentian kepada penggemar pantai. Sebaik sahaja anda mengalaminya, tiada yang boleh menandinginya lagi. Kedua-dua pulau tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.”
Daya tarikan Pulau Perhentian Kecil, menurut CNN, ialah airnya yang biru yang dihuni oleh kura-kura dan ikan yu – Astro Awani

 

Memang sepatutnya kita berbangga dengan negara kita, Malaysia bumiku tercinta.

Jika anda berminat untuk bercuti ke salah satu dari 3 pulau ini, bolehlah menempah bilik hotel/chalet/resort di sini.

      wego    

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: