Syok Melancong.Com

Sikat Tanduk Kerbau Lambatkan Uban

Sikat Tanduk Kerbau Lambatkan Uban

Pernah tak anda tahu sebelum ini tentang sikat yang dibuat dari tanduk kerbau atau seladang? Saya sendiri tidak pernah tahu sebelum ini. Ketika saya pergi melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam pada tahun lepas, bila kami masuk ke pasar Ben Thanh, tiba-tiba sepupu saya bertanyakan mana nak cari sikat dari tanduk kerbau. Saya gelak kan aje sebab baru tu dengar  :-D  Pusing punya pusing, akhirnya jumpa lah dengan kedai yang menjual sikat tanduk kerbau tu… Tak sangka pula, rupanya Sikat Tanduk Kerbau Lambatkan Uban

Haaaaa…. ini lah rupanya sikat tu..

sikat1

 

Ini sikat untuk lelaki, saya ada belikan untuk adik lelaki  dan arwah ayah saya dulu..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mula-mula jumpa kedai yang ada jual sikat ini, kami terus borong dengan banyaknya sebagai cenderahati untuk dibawa pulang dari percutian nanti. Lepas tu, kami jalan lagi… nampak lagi kedai yang ada jual sikat ini.. bila tanya, harganyanya lagi murah.. mmm..rugi..rugi.. sepatutnya survey dulu, ini tak menyempat.. jumpa terus beli. Rupanya makin ke dalam lorongnya,  makin banyak kami jumpa… :roll:  Apa-apa pun anggaplah itu rezeki peniaga yang kami beli darinya.

Ok, mari saya share kan Cara Menggunakan Sikat rambut yang diperbuat dari tanduk kerbau atau seladang ini.

Cara Menggunakan  :

*Di bahagian hadapan (gigi sikat) digunakan untuk mengurut kepala yang mempunyai rambut.

*Di bahagian belakang (pemegang sikat) boleh digunakan sebagai alat guasa untuk urutan yang lain di setiap bahagian tubuh anda.

 

Keistimewaan Sikat Tanduk Kerbau :

* Membelai dan mengurut rambut secara rapi, sihat dan tidak gugur
* Menghilangkan kelemumur dan gatal di kepala
* Mengelakkan rambut berbuah, kutu rambut dan rambut kusut
* Melegakan tekanan dan sakit kepala seperti migrain
* Melambatkan pertumbuhan uban
* Melancarkan perjalanan darah
* Membuang asid dan toksid dalam puri-puri darah
* Meyejukkan dan menyegarkan kulit kepala dari haba panas yang terkumpul di kepala
* Bercas neutral
* Boleh digunakan untuk urutan guasa lain termasuk menegangkan buah dada

 

Keistimewaan sikat rambut yang diperbuat daripada tanduk seladang secara langsung merupakan satu terapi kesihatan melalui urutan refleksi ke atas kepala dan penggunaan kerap akan menyentuh secara tidak langsung titik refleksi terapi dalam meridian di bahagian kepala.

Titik Refleksi dalam meridian di bahagian kepala (petikan daripada Kaedah Terapi URUT GUASA Tradisional Cina, Tabib Cina Ngau Heong, 2002,ms 14) seperti:-

  • Meridian Usus Besar
  • Meridian Usus Kecil
  • Meridian Kelenjar TRI
  • Meridian Perut
  • Meridian Pundi Kencing
  • Meridian Hempedu
  • Meridian Urat Saraf Utama Depan
  • Meridian Urat Saraf Utama Belakang
  • Secara asas penggunaan sikat secara urutan GUASA ini boleh digunakan bila-bila masa atau lebih baik dilakukan selepas mandi dan sebelum tidur selama 5-10 minit:
    Sikat dari sisi kepala di atas cuping telinga, dari depan ke belakang, kiri dan kanan kepala.
  • Dari ubun kepala, sikat dari belakang ke hadapan kepala.
  • Dari ubun kepala, sikat ke bawah hingga ke leher.
  • Dari ubun kepala, sikat dari atas ke tepi hingga ke cuping telinga, kiri dan kanan kepala

 

Kenapa Menggunakan Guasa dari Tanduk Seladang/Kerbau?

Guasa yang dibuat daripada tanduk kerbau atau seladang ini berkeupayaan untuk membuang kepanasan dan toksin daripada badan. Tanduk ini tidak akan menyebabkan kesan elektrik dan tidak menghasilkan kesan haba apabila bergeser dengan permukaan kulit.

[sumber]

Banyak sungguh kegunaan dan khasiat Sikat Tanduk Kerbau ini rupanya…  :-D

Ok, itu saja yang dapat saya share kan Tips mengenai Sikat Tanduk Kerbau ini… kalau berhajat nak travel cari sikat ini , boleh survey tiket penerbangan murah dan hotel murah di Vietnam mengikut keselesaan budget anda.

 

   wego   

.

signature

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: