Syok Melancong.Com

Keunikan Cappadocia Turki, Dijelajahi Dengan Hot Air Balloon

Menjelajah kota batu dengan Belon Udara Panas. Menaiki Hot Air Balloon di Cappadocia akan memberi anda pengalaman yang cukup luar biasa dari Cappadocia ketika matahari terbit.

Nevşehir Kapadokya (Cappadocia) 3

Dengan terbang ke udara di dalam Hot Air Balloon sambil ditiup angin sejuk pagi, memang akan sangat mengasyikkan dengan hamparan keunikan kota Cappadocia.

 

Selamat Pagi! Sekarang baru pukul 12:19am, mata saya masih belum mengantuk lagi. Bolehlah saya teruskan lagi kembara … Ekspedisi melancong saya yang panjang di bumi Turki ini yang tak habis-habis lagi sharing pengalaman… entri kali ini mengenai Hot Air Balloon atau Belon Panas.

 

Walau selama mana pun anda berada di Cappadocia, tidak lengkap rasanya percutian anda jika anda tidak naik belon panas. Tur menggunakan belon udara yang terdapat di Goreme. Waktu berangkatnya ialah pada waktu matahari terbit, di mana anda akan melihat pancaran sinar matahari yang perlahan menerangi Cappadocia. Lembah dan bukit-bukitnya juga tampak jelas dari atas.

 

Nevşehir Kapadokya (Cappadocia) 1

 

Sayangnya, saya sendiri tidak menaiki belon udara ini oleh kerana kekurangan budget pada waktu itu. Maklumlah, Belon Panas  ini bukanlah murah harganya… kalau tak silap, lebih kurang dalam RM500 !

 

Percutian saya ke Turki ini sebenarnya  telah menelan banyak belanja kerana tukaran wang nya yang tinggi. Bayangkan kalau trip itu selama 12 atau 14 hari saya tak berapa ingat dah… (boleh tengok map yang kami cover untuk percutian ini) Matawang nya, LIRA lebih kurang sama dengan matawang USD pada ketika itu. Oleh kerana itu, memang saya tak sanggup membelanjakan RM500 hanya untuk naik Belon Panas itu…(tapi dalam hati memang rasa rugi sangat tak dapat pengalaman tu…sob…sobbb….)

 

Jika anda mampu, maka jangan lepaskan peluang untuk mendapat pengalaman menarik ini dengan menaiki Hot Air Balloon. Jadikan percutian dengan travel  ke bumi Turki ini suatu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan sepanjang hidup anda.

 

 Saksikan video ini bagaimana mereka menaiki Belon Panas (Hot Air Balloon)

Andai kata anda berminat nak naik Belon Panas ini, Jom  survey hotel dan tiket penerbangan murah dulu…. Jumpa lagi!  :-D

        wego   

 

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: