Syok Melancong.Com

Kota Paling Pelik Di Dunia? – Cappadocia, Turki

Kota Paling Pelik Di Dunia? – Cappadocia, Turki

Bertemu lagi di entri kali ini…

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman di Cappadocia semasa melancong ke Turki. Memang pelik tempat ini. Ada juga yang menggelarkan bandar ini sebagai ‘The Flinstone City’. Anda pernah tengok rancangan katun The Flinstone di tv dulu tak? haaa.. itu salah satu rancangan katun favorite saya tu..  :-D

.

Sebuah kota batu yang menakjubkan untuk tempat percutian anda!

Cappadocia

 

Bandar ini memang pelik dan unik sebab tempat kediaman semua di dalam gua..

Jelajah Eksotisme Kota Batu di Lembah Cappadocia, Turki.

Apa kata traveller, Gabriel?  Jom, Saksikan dalam video ini

.

Pengalaman saya sendiri….

Ketika memasuki bandar Cappadocia, saya terasa seakan-akan berada di dunia lain. Lembah dan bukit meliputi di seluruh wilayah ini. Daya tarikan utama di Cappadocia ini ialah bongkahan-bongkahan batu yang besar yang telah menjadi seperti gua, hasil dari mendapan air hujan dan angin selama ribuan tahun.

.

Wilayah yang terletak di bahagian Anatolia Tengah ini memiliki keunikan yang tidak dimiliki oleh tempat lain. Yang paling terkenal adalah Goreme, kota yang penuh dengan rumah pahatan dari batu. Batu-batu raksasa ini dikorek secara manual, dan di rekabentuk supaya menjadi sebuah rumah bagi warga tempatan di Cappadocia.

Ada 6  kota yang berada di wilayah Cappadocia. Ibukotanya adalah Nevsehir, dengan penduduknya lebih dari 110 ribu orang. Uniknya bangunan dari pahatan batu ini boleh anda lihat di Istana Urchisar. Istana ini memiliki beberapa ruangan yang dijadikan tempat tinggal. Letaknya yang tepat di atas bukit menjadikan tempat ini sangat indah apa lagi dengan pemandangannya sungguh mempesonakan.

 

Nevşehir Kapadokya (Cappadocia) Göreme6

Nevşehir Kapadokya (Cappadocia) Göreme3

Lembah ini kini dalam kegersangan, dengan ketinggian 1,000 meter dari paras laut, ianya adalah dataran tinggi terdiri dari bekas gunung berapi.

DSC00514

DSC00507

Mendapan batu terbentuk daripada bahan gunung berapi telah terhakis oleh angin dan hujan menjadikan ia berbentuk tiang dan menara. Penghuni-penghuni purba ini mengukir rumah-rumah mereka sendiri serta dewan dan gereja ketika Empayar Rom menjajah di situ.

DSC00519

DSC00540

Sempat jugak ambil gambar unta ni yang begitu jinak dengan pelancong

DSC00521

Ok, di samping keunikan yang terdapat di bandar Cappadocia ini, jangan lupa juga untuk merasakan masakan mereka… memang sedap! Cuma, tidak pedas aje. Saya sentiasa bawa cili powder ketika travel kerana saya ni kuat makan pedas  :D

Nevşehir Cappadocia Göreme

 

Jangan sampai keunikan bandar Cappadocia, Turki ini luput dari pandangan mata anda. Kunjungi dan rasakan sendiri keunikan tempat ini.

Video menarik tentang Cappadocia by Tony M

ok, untuk next entri, saya akan kongsikan pula tentang  bandar purba di Cappadocia … tunggu…  ;-)

Sementara itu, boleh juga kalau nak survey harga tiket penerbangan  dan hotel ke Turki.

       wego   

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: