Syok Melancong.Com

Benarkah Ada Kota Purba Bawah Tanah di Cappadocia, Turki?

Betul ke di bawah tanah kota Cappadocia, ada tersembunyi kota purba? The Underground City?

Ketika kami berada di Cappadocia, tour guide kami menceritakan bahawa ada sebuah kota purba di bawah tanah di sini… saya teruja, menjadikan saya seolah-olah tak sabar untuk menerokainya… Wah, nampaknya percutian saya ke negara Turki ini memang hebat, penuh dengan penemuan sejarah…

 

terowong

 

Adalah dipercayai bahawa di bawah tanah Cappadocia ada tersembunyi tapak bandar-bandar purba (Underground City) kerana terowong telah dijumpai oleh ahli arkeologi. Adalah dipercayai juga bahawa terowong purba ini telah menggunakan batu bagi mengukir dan menebuk yang mana pada awalnya, ia telah digali oleh orang-orang Kristian sebagai tempat persembunyian dan perlindungan mereka dari penganiayaan semasa zaman Rom daripada orang-orang Arab. Ini terbukti dengan kewujudan gereja di dalamnya.

 

Walaupun terletak jauh di bawah tanah dan dibina pada zaman dahulu kala, tetapi bandar ini mempunyai sistem yang cukup moden. Bandar ini mempunyai kira-kira 600 pintu yang menuju ke bilik-bilik yang sangat besar.

 

terowong4

 

Bandar ini dibina 60 meter dari permukaan tanah oleh masyarakat abad ke-7 sebelum Masihi. Hebat bukan?

 

terowong3

terowong7

terowong5

Cappadocia - Kaymakli Underground City

 

Semasa saya berada di sana, memang saya sempat masuk ke dalam kota purba ini. Terowongnya memang sempit, hanya muat untuk 1 orang lalu di lorong itu. Jika anda berbadan besar, jangan sekali-kali cuba masuk ke dalam terowong ini, takut-takut nanti akan tersekat di dalam… Nak masuk dan keluar  di situ, ada masa yang tertentu, ada  jadual waktunya yang di atur untuk masuk dan keluar bagi mengelakkan tersekat nanti.

 

Tetapi kini, kota purba bawah tanah Cappadocia ini tidak lagi bernilai, hanya menjadi rumah bagi burung-burung merpati yang dikenali sebagai ‘Pigeon Valley’.

 

Jika anda datang melancong ke Turki, rugi rasanya kalau tidak melawat kota purba ini, ianya terbuka untuk pelancong, walaupun hanya kira-kira 10-15% bahagian dari wilayah bawah tanah ini yang dibuka untuk umum.

 

       wego   

Ok, sampai di sini dulu kali ini, saya tinggalkan anda dengan video ini ye..

Sambil-sambil tu, boleh  survey harga tiket penerbangan  dan hotel ke Turki.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: