Syok Melancong.Com

Menghayati Sejarah Silam Blue Mosque & Hagia Sophia di Istanbul, Turki

Menghayati Sejarah Silam Blue Mosque & Hagia Sophia di Istanbul, Turki

Selamat Petang!

Mari kita minum kopi Turki ni dulu….  ;-)

coffee

 

okey, jom kita mulakan lawatan agenda melancong kita, menikmati keindahan yang ada di sekitar Istanbul ini….

Sultan Ahmed Mosque atau Masjid Sultan Ahmet sebuah masjid bersejarah di Istanbul, Turki. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya.

Pemandangan di Istanbul

istanbul-turki

Lawatan pertama percutian kami dimulakan dengan melawat Masjid Biru (The Blue Mosque), bangunan yang paling popular di Turki. Memang tidak sah kalau travel ke Turki tidak melawat The Blue Mosque. Terpegun saya melihatnya ketika memasuki ke dalam masjid itu.  Lihatlah keindahan dan keunikannya. Memang cantik sangat hiasan dalamannya dengan jubin yang berwarna biru. Sayangnya, banyak gambar saya yang  tidak dapat saya kongsikan ketika melancong ke Turki kerana ketika itu saya masih belum berhijab lagi… ok, jom explore… :P

MASJID BIRU (The Blue Mosque)

DSC00817

Hiasan dalaman di dalam Blue Mosque

blue mosque

Masjid Biru (Disebut juga sebagai Sultanahmet Camii di Turki) adalah masjid yang bersejarah di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru yang mengelilingi dinding hiasan dalamannya. Blue Mosque ini dibina antara tahun 1609 dan 1616 tahun, pada masa pemerintahan Ahmed I. Seperti juga kebanyakan masjid lain, ia juga terdiri daripada makam pengasas, sebuah madrasah dan sebuah rumah kebajikan. Selain itu, ianya masih digunakan sebagai masjid. Masjid Sultan Ahmed juga telah menjadi daya tarikan pelancong yang popular di Istanbul.

The Blue Mosque (Called Sultanahmet Camii in Turkish) is an historical mosque in Istanbul. The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I. just like many other mosques, it also comprises a tomb of the founder, a madrasa and a hospice.Besides still used as a mosque, the Sultan Ahmed Mosque has also become a popular tourist attraction in Istanbul.

Kucing Turki

DSC00801Kucing ini saya jumpa berada di perkarangan Blue Mosque

Seronok juga travel dengan grup ini  :-D

GRUP FOTO

Gambar grup ketika lawatan ke Blue Mosque, Istanbul

Lawatan seterusnya ialah ke Haghia Sofiya, lagi satu tempat yang popular yang harus dilawati oleh setiap pelancong yang melancong ke  Istanbul.

.

       wego   

.

HAGIA SOPHIA

Hagia-Sophia_Istanbul

Hagia Sophia, Bangunan dengan rekabentuk senibina yang ikonik ini pada asalnya dibina sebagai sebuah gereja Kristian Ordotoks. Namun selepas itu, ia dijadikan masjid sebelum diubah fungsinya kepada sebuah muzium untuk kunjungan orang ramai sekarang.

Ayasofya, Turkey

 

 Hagia Sophia > Gereja > Masjid > Muzium

İstanbul, Ayasofya

hagia sophia1

Ketika Maharaja Kristian merasmikan Hagia Sophia, yang berarti Gereja Kebijaksanaan Ilahi, dalam tahun AD 537, ia adalah bangunan yang paling mengagumkan di dunia dan kekal pencapaiannya sebagai pencapaian tertinggi bagi Empayar Byzantine selama lebih dari seribu tahun. Pada abad ke-15, Penakluk Mehmet telah menukar Hagia Sophia dari sebuah gereja Kristian menjadi masjid, menambahkan lagi menara, makam dan air pancut. Turki telah menjadi sebuah republik pada tahun 1923 dan Hagia Sophia telah diisytiharkan sebagai sebuah muzium 12 tahun kemudian, dengan banyak mosaik Byzantine yang terungkap dari lapisan bawah plaster Uthmaniyyah.

When the Christian Emperor Justinian inaugurated Hagia Sophia, meaning Church of Divine Wisdom, in the year AD 537, it was the most impressive building in the world and remained the crowning achievement of the Byzantine Empire for over a millennium. In the 15th century, Mehmet the Conqueror converted it from a Christian church to a mosque, adding the minarets, tombs and fountains. Turkey became a secular republic in 1923 and Hagia Sophia was established as a museum 12 years later, with many of its Byzantine mosaics revealed from underneath layers of Ottoman plaster.

 

Driver bas kami yang segak handsome sepanjang kami berada di Turki

DSC00787

Melambai kanak-kanak Turki dari dalam bas

DSC00452

DSC00454

 

Sebagai penutup entri kali ini, Saksikan video menarik mengenai Istanbul ini…

Jumpa lagi di entri lain pulak!  :-D

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: