Syok Melancong.Com

Hello Istanbul, Aku Datang!

turki flag

Hello Istanbul, Aku Datang! | TURKI, bumi yang begitu penuh dengan keindahan dan keunikannya. Mengimbas kembali pengalamanku sewaktu melancong ke bumi Turki pada tahun 2007. Masa itu, memang tak ada geng nak melancong lagi, so terpaksa cari pakej travel dengan grup. Bagi warganegara Malaysia, visa ke Istanbul  adalah percuma dan boleh dapat terus di kaunter imigresen di airport di Turki. Tapi bagi yang travel dengan grup, tak perlu risau tentang visa dah, semuanya diuruskan oleh syarikat travel.

Oleh kerana travel ku ke Turki ini dah lama sangat, maka dah tak berapa ingat dah susunan itinery  percutian ku ini. Jadi, apa yang masih ku ingat je lah dapat di share kan di sini ye  :-D

 

Jom, saksikan video menarik tentang Turki ini dulu

 

Cantiknya pemandangan dari udara di Istanbul, Turki

istanbul-turki

Turki, Pemandangannya yang luar biasa indah, memang menjadi tumpuan tempat percutian yang popular. Ibu negerinya, Istanbul mempunyai ratusan hotel, dari penginapan backpacker hinggalah ke hotel mewah lima bintang.

Ibu negerinya, Istanbul memiliki banyak tempat sejarah. Sebut saja Bizantium dan Ottoman Empires, Blue Mosque, Hagia Sophia, Istana Topkapi, sumur Basilika, Istana Dolmabahce, Menara Galata, dan Pera Palace Hotel.

Bagi anda yang gemarkan pantai, Turki juga menyediakan deretan pantai eksotik. Pantai-pantai tersebut terletak di sepanjang Barat Daya dan bahagian Selatan Turki yang disebut Riviera Turki.

 

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Atatürk International Airport setelah lebih kurang 10 jam setengah (kalau tak silap) terperuk berada dalam perut pesawat, punggung pun dah leper habis, dah naik melecet rasanya..maklumlah keadaan badan ku yang gebus ini  :D

DSC00832

DSC00830

 

DSC00831

       wego   

 

Turki terbahagi kepada 2 benua iaitu benua Asia dan benua eropah yang dihubungkan dengan jambatan.

2 benua

 

Ini ialah map yang diberikan kepada kami sebelum memulakan lawatan oleh tour guide Turki  yang badannya begitu sasa sekali..hik.. nakal jugak tu  ;-)

Bermakna, kami akan cover lebih kurang 1/4 dari negara Turki, iaitu  Bursa, Ankara, Cappadocia, Nevsehir, Konya, Pamukkale, Selcuk, Izmir, Canakkale dan Istanbul.

map

Pemandangan deretan kedai di bandaraya Istanbul

DSC00722

 suasana di tengah bandar Istanbul

DSC00723

DSC00596

Kedai yang menjual roti dan ‘sweets’ mmm..nampak sedap,

gambar di ambil dari atas bas, sebab tu nampak bayang..

DSC00784

Kami dibawa untuk check-in ke Iris Hotel

DSC00691

Cantik pemandangan di sekitar hotel ini, masa itu musim bunga baru nak bermula sebab itu bunganya belum banyak lagi. Tapi bau harum bunga ros itu amat segar sekali.

DSC00690

DSC00697

 

 

ok, saya berhenti di sini dulu ye, akan sambung cerita tentang aktiviti lawatan ke tempat-tempat menarik pada entri seterusnya nanti..   ;-)   Sementara menunggu nya, bolehlah kalau nak survey harga tiket penerbangan ke Turki.

 

signature

 

 

2 thoughts on “Hello Istanbul, Aku Datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: